Assalamualaikum wbt...
huhu..sekian lama aku tak update blog nih, akhirnya berkesempatan jua.
walaupun tak punya sebarang idea sekarang, tapi kalau tak usik langsung macam sedih la pulak..haha
dah lebih kurang 2 bulan lebih aku tak jenguk ke sini.
lama tu juga la aku tak gunakan ejaan skema dalam hidup aku semasa menaip..hoho
anyway, aku rasa dalam jangka masa yang agak lama ni, macam-macam dah terjadi dalam hidup aku.
yang menggembira kan, yang menyakitkan..macam-macam lah..
perkara yang melegakan..aku dah settlekan lesen aku..
walaupun takat lesen motor je, syukur juga lah..
dari semester lepas tergantung..lama tu..orang lain dalam sebulan 2 dah siap..
haha..
sekarang ni, ada benda yang tak selesai lagi..
masalah aku dalam perhubungan..hal macam ni, dari kecik lagi aku tak pernah tahu macam mana nak settle..
aku terus-terusan berasa betapa teruknya diri aku..
tapi tetap tak tahu macam mana nak kembalikan keadaan kepada yang asal..
tetap tak tahu macam mana nak kembali bekerjasama dengan orang tu..
macam mana ya?
aku ni dah la sangat-sangat tak ada keyakinan diri..
hurm..sampai bila keadaan nak terusan begini ya?
tolonglah..nak minta maaf...segan,ego,xtahu nak cakap apa..apa-apa saja lah
Wednesday, October 7, 2009
sekian lama~
Posted by enna at 10:47 AM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
xde tajuk yg seswai..
sekian lama tak update..akhirnya aku berkesempatan gak nak buat mende nih. huu...dalam jangka masa yang singkat ni je dah macam-macam benda jadi kat aku. takde macam-macam sangat tapi cukup la untuk otak dan perasaan aku rasa penat. mujur jugak la aku rasa ada tempat untuk luahkan apa yang aku rasa. kat sini la kan. huhu.. aku memang tak pandai bercerita dengan orang. sangat-sangat tak pandai. cerita tu mesti tak dapat sampai kat orang tu dengan jelas. aku sendiri pelik. tapi aku bersyukur la sebab sekurang-kurang nya tak ada la aku bercerita sangat tentang orang lain kan. walaupun kadang-kadang muncul jugak kebolehan bercerita tu.huhu. nasib lah waktu tu. tapi penat kalau simpan semua rasa macam tu jek. bila ada apa-apa tapi tak dapat lepaskan rasa tu, sakit sangat. nak bernafas pun macam tak terlarat. haihh.. bagus gak la laptop aku ada microsoft office onenote. so sebelum aku ada blog nih, semua perkara aku cerita dalam tu. waktu tu la nak nangeh ke amende. and takde la aku risau apa-apa kan sebab onenote tu boleh set password. orang lain pun tak boleh baca. makanya, tak ada la aku kegilaan sebab tension ke apa. dan orang pun nampak aku sebagaimana aku di hadapan mereka. hoho. berkenaan aku tak pandai bercerita, tiba-tiba aku teringat kelas minggu lepas. kelas cct, creative and critical thinking yang pn kalsom ajar. hari tu dy suruh semua orang share problems. sampai-sampai turn aku, aku pergi la ke depan. punya la yakin. ahaha. tiba-tiba tengok muka diorang semua, tengok kamal yang tayang muka serius semacam depan aku ngan semua yang tiba-tiba senyap (xtau kalau aku yang terasa gitu) terus rasa berdebar semacam. aku dah start pelik dah. pastu cakap la pape tah kat depan tu. serius aku rasa tak keruan. tak tau kenapa. nak pandang siapa-siapa pun aku tak mampu. kenapakah? aku jatuh cintakah? dengan siapa? mereka semua? hahah. merepek. siap menggeletar lagik. waktu tu aku masukkan tangan dalam kocek sweater. terasa la nak keluarkan sebab biasa kalau present pape memang tangan aku terawang-awang cam hape. sekalitengok, tangan aku menggigil semacam. bertambah-tambah pelik aku. dengan suara aku jadi tersekat-sekat, cam tak mau keluar. selalu kemain lagi nak keluar, suka-suka jek tak kawal sound. sekali nih? tah la. sungguh-sungguh pelik aku rasa. macam bukan diriku sendiri. cewahh. aku dah kata dah, aku memang fail bab cerita problem dengan orang lain. hatta dengan mak aku sendiri pun aku tak cerita apa-apa sebab aku tak nak dia risau kat aku yang sememangnya dah merisaukan dia. dah la susah nak dengar kata. hahah. tah la. mungkin aku tak jumpa lagi kot orang yang boleh dengar cerita aku dengan sedengar-dengarnya. huhu. bukan bermakna aku tak percaya orang sekeliling aku sekarang ni tapi memang aku tak dapat berbuat begitu. maaf la kalian yer. aku tetap sayang korang sebagaimana yang sepatutnya.
Posted by enna at 9:28 AM 0 comments
Tuesday, June 30, 2009
aKu?
aku...
dah tak sabar nak habiskan LI ni..
masuk hari ni, tinggal 3hari..
aku tak sabar..
nak duduk rumah lama2..nak cuti..
nak tidur selama yang mampu..48jam,72 jam..aku nak tidur..tapi kelas dah nak setat..rasa tak sempat..
aku nak baca komik lagi..tp yang aku ada dah baca semua..kena balik kg amek komik yang aku belum baca lagi..aku takde duit nak beli..kreko,dak getah,arena..tp bila?
nak tengok anime,movie puas2..tapi baru bukak dah ilang mood..lagipun aku dak tengok semua movie yang aku ada..dah delete pn..
aku save komik dr onemanga. zettai kareshi,ouran, bla3...tapi mata aku dah tak larat tengok screen laptop lama2..xlalu pun tengok laptop nih..calar-balar aku kerjakan..aku ganas??
aku nak duit..aku kena ada duit..kalau tak aku tak dapat hidup..aku masih boleh hidup..tapi dalam tak hidup..aku nak beli beras,beras dah abis,sekarang aku kuat makan..nak beli stationery..kasut..baju..mana aku boleh dapat duit?
naik sem ni aku kena cari spek..mata aku dah makin teruk..agak nya mampu lagi tak aku tgk slide show yg lect psg t?
aku bukan pekerja yang baik..sepatutnya aku bekerja sekarang..kenapa aku masih buat post ni lagi?
aku bukan kawan yang baik..aku tak dapat tolong pun kawan aku yang susah..
aku bukan kawan yang baik..aku tak boleh berlaku jujur pada kawan aku..hipokrit ke aku?
aku memang bukan kawan yang baik..kenapa aku masih berkata tentang dia bila dia tiada?
aku memang bukan kawan yang baik..aku selalu rasa tidak selesa bila dia ada..tapi aku selalu ingin dia ada..sebab aku tanak sendirian?
aku kawan dia? aku bukan kawan dia..aku tak layak jadi kawan dia..kawan sesiapa pun..aku jahat ke?
aku dah bosan..aku nak hidup dalam dunia aku je..tapi dunia aku tiada apa2..kosong..gelap..
aku..
tak tau..
Posted by enna at 8:15 PM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
SeJuK BekU
sekarang jam 4.29pm, aku tengah duduk dalam pejabat sambil ngadap laptop. konon tengah kerja la. alih2 aku tersedar aku dah stat menaip mende hape tah nih. huuu.. sejuknya~ dengan suhu bilik 18 drjah celcius, aku punya tangan dah terasa tak larat menaip lagi. freeze.. satu-satu butang keyboard ni aku tekan (dengan kelajuan yang sederhana). sejak kecik dulu sampai la dah tua bangka macam sekarang nih, aku memang tak pernah nak tahan dengan sejuk. kadang suhu 25 drjah pn aku dah terketar-ketar cam hape. cejuk oo.. tada tahan maaa. aku pun dah naik pelik. orang lain punya la rilek jek, aku lak siap menari-nari tergolek2 lagi sebab nak panaskan badan. kalau kat umah sekarang nih, memang dah berbungkus la aku. dengan baju berlapis2 + dengan selimut, cadar.. semua sekali aku sarung kat badan nih. nak buat cane kan. dah tak tahan. dah la kalau sejuk sangat, lama2 kaki aku boleh jadi kejang. haha. dah rezeki kot. kifarah tu namanya. kalau kecik2 dulu lagi la. asal sejuk sikit je, abis satu badan aku kena gatal2. rata bintat2 kat tangan kaki aku. sampai kat hostel dulu aku bawak bekalan garam dari rumah sebab nak ilangkan gatal2 tu. bagus sungguh garam ni kan. berkesan sungguh. so kalau sape2 kena gatal2 tu, sapu la dengan garam ye. tak pun rendam dalam air panas yang ditaruh garam dalamnya. sangat2 best rasa nya. nak pulak kalau tempat gatal tu dah kena garu sampai melecet. tonyoh je garam kat situ. lepas tu, nikmati la rasanya dengan penuh bahagia. haha. best dowh. air panas tu jugak membantu ilang kan rasa sejuk sekali. alang2 dah gitu, mandi je lah terus. huhu. tapi tak dapat kubuat disini. apa kes nak mandi kat office? umah dah abis air ke. haha..sejuk rrr...adios
Posted by enna at 1:28 AM 0 comments
Monday, June 8, 2009
gugugu~
salam..
huhu..bagaikan telah terlalu lama tidak ku masuk ke dalam blog nih. masakan tidak. aku sudah terlalu asyik melayan blog yang lagi satu tuh. maaf la yek. lagipun aku hanya ke sini apabila kebosanan. seakan-akan aku hanya datang apabila memerlukan. bukankah kejam begitu? sedangkan aku sendiri tidak gemar diperlakukan begitu. ahhh.. maaf sekali lagi. sebenarnya aku pun tak pasti apa yang harus aku isi di sini.
hmm..aku terfikir, kenapalah dengan manusia ni kan. ada satu spesies manusia ni. aku pun tak tahu nak kategorikan mereka ini seperti mana. mereka ni, suka sangat menyangka yang bukan-bukan. eh..salah.. mereka ni, i mean sesiapa je r. suka sangat membuat tanggapan @ kesimpulan sendiri terhadap @ untuk orang lain. dah la rasa apa yang diorang fikir tu betul, lepas tu siap buat tindakan sendiri pulak tu. bukanlah tak boleh nak bertindak tu. tapi at least tanya lah pendapat orang dulu. ini main hentam je pada benda yang mereka sendiri tak berapa pasti lagi sebenarnya. haiyaii. aku pun naik penin dengan perangai manusia yang entah hape2 ni. musykil2..
Posted by enna at 8:20 PM 0 comments
Friday, May 8, 2009
LI
huhhuuu~ tiba2 je ak teringat cerita Taiwan yang aku tengok masa exam final hari tu. Cerita dia simple tp memang menarik la bagi ak. huuhhu. Cerita pasal sorang dak perempuan yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang dia ada. dia tak pernah kisah pun orang lain gelakkan dia atau pun apa.. kot...rasa tak pasti la pulak. Tapi yang aku tabik kat pempuan tu, bila dia dah decide nak wat sesuatu, dia mesti sungguh2 buat mende tu. tang tu ak jeles tu. Kontra sungguh dengan aku tuh. huhu. cakap pasal sungguh2 kerja, aku terus teringat sesuatu. LI
Ak dah stat LI daa. Adoi aii.. betapa maleh nye aku rasa. Harap2 la cepat berlalu.
Posted by enna at 6:22 PM 0 comments
Thursday, April 23, 2009
macam-macam
hmm..ak tak berapa nak paham la dengan manusia keliling aku ni. macam-macam gaya ada. yang aku tau biasanya perempuan la. sebab ramai perempuan yang kat keliling aku ni. kadang tu aku terfikir, perlu ke kita membenci seseorang itu dengan hanya satu kesalahan yang terlalu kecil pada pandangan mata aku. bukan la aku la niat aku nak back up mana2 pihak atau apa. tapi aku just rasa pelik yang amat. kenapa ramai orang suka membesarkan perkara yang tak pape? aku musykil. macam dulu. aku rapat dengan sekumpulan orang ni. tiba2 berlaku la satu konflik antara budak2 laki ngan budak2 perempuan ni. aku punya la fikir teruk sangat ke masalah yang terjadi. yela kan. sampai langsung tak nak tegur. nampak muka terus berpaling.macam serius sangat je massalah mereka tu.tapi, sekali bila dengar cerita dari pihak perempuan,satu mende je yang aku boleh terfikir waktu tu. "Gediknye la diorang nih." Serius. itulah perkara yang aku rasa pada waktu tu. mende kecik, halus cam kuman tu pun boleh nak jadi gaduh ke. walaupun aku perempuan gak, ak memang tak dapat langsung masuk dengan spesies orang2 yang macam ni. yang aku terfikir waktu tu, kesian nye la budak2 lelaki tu. mesti diorang tak tau apa salah diorang. hahaha. pelik manusia ni. kenapa perempuan ni suka sangat jadikan hal dengan mende yang cam tak wujud tu. aku yang perempuan ni pun bleh kata(dalam ati je la) cane la menda tu bleh buat diorang terasa hati. pelik..pelik. lagi satu masalah perempuan ni. kenapa lah suka sangat bercerita perkara yang tak perlu kepada sesiapa yang tak perlu tahu. dah tu, orang yang sepatutnya tak perlu tau tu pn sama. kenapa la nak bercerita hal orang yang takde kena mengena dengan diri sendiri kepada orang lain. kalau agak2 dah tertahu tu, simpan sendiri sudah. tak pun buang jauh2 ke. at least takde la tertekan kononnya simpan banyak sangat mende pelik. haihh. ak pun sakit otak lama2. sana dengar lain, sini dengar lain. patut la ramai orang kata perempuan ni emosional kan (tak termasuk aku..huhu). hahah.. what ever ahh. as long aku rasa mende alah ni takde kaitan dengan aku, aku tanak masuk campur. janji aku bahagia. yeahh!!! (patutla aku cam salu ketinggalan tatau cite..kukuku
Posted by enna at 11:57 AM 0 comments


