BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 6, 2009

~CeRiTa HaTI SeOrAng yAnG jAuH~

salam.
untuk sekian kalinya, aku terasa ingin meluahkan sedikit rasa yang bagaikan terbungkal di dada aku nih. terlalu ingin. tapi terlalu banyak perkara yang terpendam. aku tak tahu mana yang harus diluahkan terlebih dahulu. dan aku sedar pasti aku tidak berjaya melakukannya memandangkan tumpuan aku yang mudah teralih arah.
apa pun aku tegakan juga mencoret secebis rasa yang terrrrlalu sukar untuk perkatakan secara berhadapan. face to face la kan. khas buat seorang sahabat yang sangat aku sayangi, yang tak mungkin aku mampu lepaskan, dan sememangnya sakit pabila aku kehilangan dia. aku tahu dia tak mungkin akan mengetahui apa yng aku perkata sebagaimana aku tahu serba sedikit yang difikirkannya tentang diriku. pertama, maaf aku pohonkan. lantaran sifatku yang suka mengambil tahu selain tidak mengotakan kata, sering kali aku menemui atau membaca luahan hatimu mengenai apa-apa perkara yang aku pasti tak mungkin kau ingin sesiapa mengetahuinya. aku tahu itu dan aku tidak cukup kuat untuk menghalang diri dari terusan membaca waima aku tahu betapa kau mahu merahsiakan apa-apa perkara itu.
sepanjang aku mengenali kau sebagai sahabatku, tahu tak kau betapa aku rasa bersyukur, bahagia dan gembira. sering dalam diam aku mencemburui kau dengan setiap kelebihan, kesungguhan dan segala kebaikan yang kau ada. bagaimana sekalipun tindakan kau lakukan, walau adakalanya seakan-akan kejam, pelik atau apa sekali pun, entah macam mana aku terasa segalanya berasas. engkau yang dahulu, engkau yang sekarang, yang bagaimana kau sekali pun, sama saja bagiku. justeru, apa sekali pun yang kau lakukan aku akan sokong. walau aku tak nyatakan, jauh di lubuk hati aku akan terusan menyokong engkau. engkau seorang yang sangat hebat pada aku. berpendirian tetap,berani, terus bangun walau berapa teruk sekali pun dugaan yang kau tanggung. sesungguhnya, aku memang mengagumi engkau. aku sedar, jika dibandingkan dengan kau, terlalu banyak malah terlalu jauh perbedaan kita. aku yang tak tahu malu, aku yang langsung tak bekeyakinan, aku yang selalu lupa diri, aku yang selalu menyakitimu, aku yang tidak tahu kesalahan sendiri, aku yang tidak tahu berdikari. ahh, terlalu-lalu banyak perbandingan yang wujud dan tak mungkin bisa aku asakkan segalanya di sini. maka, bersyukur aku atas kesudian kau berkawankan seorang yang teruk amat seperti aku ini.
disebabkan sifatku, aku sedar seringkali kau tertekan dan sakit hati. kehadiran aku pastinya seakan-akan salah satu dugaan buat kau kan. betapa aku sering menyakitimu selain sering kali menguji kesabaran kau. maaf saja mampu aku katakan. aku faham setiap kali kau menjauhkan diri dari aku, tentu saja kerana sikap aku yang terusan menekan kau bahkan mungkin telah membuatkan air matamu mengalir. saat itu, aku sering rasa kehilangan walaupun saban hari kau ada di depan mata aku. rasa kosong yang aku tak mampu nak jelaskan. tapi tak mungkin aku akan menegur kau ketika itu. mana mungkin aku menyapa kau saat rasa bersalah membelengu diri. memang muka ku tidak menunjukkan rasa apa, tapi aku xada keberanian untuk perkara seperti itu. jika aku berkata pada kau, tahu tak betapa peliknya perasaan aku waktu itu. ragu-ragu, berani tak berani, bersalah, macam-macam. hinggalah kau berkata2 sendiri padaku, hinggalah wujud keyakinan bahawa marahmu berkurangan. pelik bukan? kata-kata maaf seakan-akan tidak terluah walaupun aku tahu pasti ada kesilapan telah aku lakukan. entah kenapa. mungkin sebab ego, malu atau sesuatu yang aku sendiri tak pasti. untuk meluahkan sesuatu seperti itu boleh, tetapi tidak face to face.
kadang, aku sendiri pelik dengan diri aku ni. buat sahabat aku yang seorang ni, sebetulnya aku memang takut akan kehilangan kau. walau aku sedar betapa kau mahu saat kita bersama berakhir dengan segera. kaulah satu-satunya kawan yang paling... aku tidak pasti hendak kata apa. yang pasti, dalam berapa ramai orang aku kenal, kau lah 1-1nya orang yang tak mampu aku berkata di belakang. walau macam mana terasa sekali pun kadang-kadang aku dengan engkau, pelik sekali, macam tak mungkin untuk aku berkata perkara yang tidak menyenangkan tentang kau. seakan aku hanya mampu berdiam diri bila sesiapa tanya tentang keburukan kau atau apa-apa yang sewaktu dengannya. entah kenapa, hatta sekarang sekali pun, hanya kebaikan kau yang mampu aku fikirkan. tidak keburukan mahupun kelemahan.
buat sahabatku yang seorang ni, aku akan terus mendoakan kebahagiaan kau. aku tetap menyokong kau dari jauh walau pun kita berdekatan sekarang ni. apa sekali pun keadaan kau, aku cuma dapat katakan jangan terburu-buru membuat keputusan. aku tahu terlalu banyak keputusan yang harus lakukan. cuma nilailah segalanya dengan berwaspada. kehidupan kau di tangan kau.

~aku yang di sini~