BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 29, 2009

tertusuk,terguris

seksanya perasaan ini.
hatiku terasa ditusuk-tusuk,dguris-guris,disiat-siat.
menyakitkan.
aku tak terkata kerana luka ini memeritkan,memedihkan.
aku, kenapa harus aku.
kenapa mesti aku.
aku tahu aku memang tidak sebaik mana.
aku memang tak baik pun.
tapi akukah yang patut dipersalahkan.
atas apa yang aku tak lakukan.
aku memang tidak melakukan kebaikan.
justeru,ketidakbaikan lantas dituding pada aku.
begitukah yang seharusnya?
begitukah yang sepatutnya?
aku benci rasa ini.

Wednesday, October 28, 2009

Obat hati

kebelakangan ini aku kerap berasa kurang tenang. terasa bagai terlalu banyak perkara yang menghantui fikiranku. tadi, aku tergerak untuk mendengar lagu-lagu nasyid yang sememangnya berlonggok dalam memori komputer riba aku. saat pilih memilih lagu, tiba-tiba pandanganku tertancap pada lagu yang di bawah ini. lagu ini, aku rasa memangnya ditujukan kepada semua yang kurang tenteram hatinya. tidak terkecuali diriku sendiri.


Lirik Lagu : Opick - Obat Hati
Opick - Obat Hati

Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani

Koor :
Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo Sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng engkang luwe
Kaping limo dzikir wengi engkang suwe
Salah sakwijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembadani

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Alloh mencukupi

Koor :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Alloh Taala mencukupi
Moga-moga Alloh Taala mencukupi

tapi selaku aku yang sering lupa, akan kah aku mengamalkan perkara-perkara ini dengan sebaiknya. aku tahu aku seharusnya mampu. akan juakah aku terusan membiarkan diri dibuai angan-angan dan khayalan dibalik hasutan syaitan laknatullah. aku kah yang lemah atau aku yang membiarkan diri menjadi lemah. aku tahu yang Dia tahu aku tak seharusnya seperti aku yang begini.

Wednesday, October 7, 2009

sekian lama~

Assalamualaikum wbt...

huhu..sekian lama aku tak update blog nih, akhirnya berkesempatan jua.
walaupun tak punya sebarang idea sekarang, tapi kalau tak usik langsung macam sedih la pulak..haha
dah lebih kurang 2 bulan lebih aku tak jenguk ke sini.
lama tu juga la aku tak gunakan ejaan skema dalam hidup aku semasa menaip..hoho
anyway, aku rasa dalam jangka masa yang agak lama ni, macam-macam dah terjadi dalam hidup aku.
yang menggembira kan, yang menyakitkan..macam-macam lah..
perkara yang melegakan..aku dah settlekan lesen aku..
walaupun takat lesen motor je, syukur juga lah..
dari semester lepas tergantung..lama tu..orang lain dalam sebulan 2 dah siap..
haha..
sekarang ni, ada benda yang tak selesai lagi..
masalah aku dalam perhubungan..hal macam ni, dari kecik lagi aku tak pernah tahu macam mana nak settle..
aku terus-terusan berasa betapa teruknya diri aku..
tapi tetap tak tahu macam mana nak kembalikan keadaan kepada yang asal..
tetap tak tahu macam mana nak kembali bekerjasama dengan orang tu..
macam mana ya?
aku ni dah la sangat-sangat tak ada keyakinan diri..
hurm..sampai bila keadaan nak terusan begini ya?
tolonglah..nak minta maaf...segan,ego,xtahu nak cakap apa..apa-apa saja lah