BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 22, 2011

entri ini umtuk awak

Assalamualaikum awak. Awak tahu tak, saya dah lama sangat tak meluahkan apa dalam blog ini. Blog ini saya asalnya saya buat sekadar suka - suka. Sebab nak isi waktu bosan. Tak sangka pulak blog ini boleh bertukar peranan sekarang ni. Awak tahu tak, blog saya yang ini tak ada siapa yang tahu. Kalau ada yang tahu tu may be rezeki dia ke apa. entahlah awak. Yang saya pasti sekarang blog ini dah menjadi tempat luahan hati saya bila rasa berdukacita. Macam yang saya kata tadi, dah lama saya tak menambah isi kandung blog ini. Tapi awak, kerana awak, saya tambah lagi satu entri di sini.
Awak nak tahu tak, saya rasa sangat sangat sedih sekarang ni. Sedih yang amat sangat. Awak tak tahu kan. Saya tahu awak tak kisah pun saya sedih atau tidak. Saya tahu, selagi rasa benci tu terus wujud dalam diri awak selagi tu awak tak kan kisah apa yang saya rasa. Saya agak, andai kata awak terjumpa entri ini pun, mungkin akan bertambah rasa meluat awak pada saya kan.
Awak, saya tahu saya ni seorang yang sangat teruk. Sifat, perangai dan kelakuan saya tidak ada yang baik. Tapi awak, saya cuba ubah sifat buruk saya tu sikit2. Saya tahu awak takkan nampak perubahan saya. Tak ada siapa yang akan perasan rasanya. Tak kisahlah awak. Tapikan, perkara yang pernah awak tegur saya dulu, saya dah tak buat lagi pun awak. Awak tak perasan ke? Saya tahu awak, kawan saya kata, berapa puluh kebaikan pun orang dah lakukan untuk kita, pasti keburukan orang yang satu tu jugak yang akan kita ingat. Saya tahu itu awak. Awak mungkin akan terusan membenci kerana sifat saya yang tu dulu. Saya tak boleh nak paksa awak baik dengan saya. Siapalah saya kan. Saya tak layak. Tapi saya masih tak puas hati lagi. Saya manusia biasa awak. Tak mungkin kita tak rasa tak puas hati kalau orang membenci kita tanpa sebab yang betul2 kukuh. Awak tak suka dulu atas sebab yang awak perkatakan dulu. Saya dah ubah awak. Even slow. Sikit2. Mana mungkin saya dapat membuat perubahan secara drastik kan. Awak sendiri tahu. Then saya rasa dah tak ada reason untuk awak tak suka saya. Tapi kenapa sekarang ni saya rasa awak semakin bertambah-tambah benci saya? Apa saya dah buat pada awak? Teruk sangatkah apa yang telah saya lakukan pada awak sampai awak macam langsung tak sudi nak pandang saya. Bila awak nampak saya, awak terus tergesa-gesa lari menjauhkan diri. melenyapkan kewujudan awak dari pandangan saya. Walaupun saya tahu sebenarnya awak taknak saya wujud dalam pandangan mata awak. Saya sedih tau awak. Rasa kecewa sangat sangat. Apa yang saya dah buat, awak? Kenapa sampai macam ni sekali layanan awak pada saya? Kenapa, awak? Sebab suara saya kuat sangat ke? Bercerita setiap malam sampai mengganggu awak tidur? Kalau sebab itu saya minta maaf sangat sangat awak. memang suara saya terlalu kuat. Kadang sampai saya sendiri tak tahu bagaimana hendak mengawal suara saya. Sebab tu ke awak? Tapi saya pelik. Awak tak kata itu pun dalam wall facebook yang awak post hari tu? Awak kata awak meluat sebab ada orang bercerita tentang lelaki hensem. kalau ye pn nak lelaki hensem ubahlah perangai dulu. Apa yang awak tak puas ati sebenarnya? Sebab saya bercerita tentang lelaki kachak yang ada di sekeliling saya atau sebab perangai saya. Tak layak ke saya nak kan lelaki kachak? Saya punya perangai ni terlalu buruk kah sampai saya tak layak nak dapat lelaki kachak pada pandangan awak. Awak, awak sangat tak kenal saya. Saya tak mahukan lelaki kachak pun awak. Saya hanya suka cuci mata dan kemudian luahkan apa yang saya nampak dan saya rasa. Salah ke awak? Lagipun bukan saya bercerita dengan awak pun. Saya bercerita dengan kawan kawan saya. Saya tak kisahlah awak. Awak terus lah membenci saya. Anggapla saya tak wujud even saya selalu di depan awak. Saya tak berhak menghalang awak. Saya tak mahu dikatakan cuba menegakkan benang yang basah. TETAPI, ada lagi satu perkara saya t? Ada tak awak perhatikan mereka dengan teliti? Ada awak? Awak bercerita dengan mereka-mereka bahawa saya pengotor, makan tinggal2, tak tahu nak basuh pinggan lepas makan n so on. Tapi cuba awak check. Awak rasa pinggan yang selalu ada atas meja tu saya punya kah? Saya yang pakaikah? Yang berlonggok atas sinki tu saya punyakah? Bukan tau awak. Tu mereka punya. mereka menegur saya jangan berbuat begitu tetapi mereka tidak melihat diri sendiri. Awak pernah nampak itu? tidakkan? Sebab awak memang akan kata semua itu adalah hasil kerja saya. Bila masa awak? Saya habis kerja waktu malam tau awak. Mana mungkin saya larat nak gi masak dan kotorkan pinggan mangkuk periuk kuali kat dapur tu. Awak tak terfikir ke? Lagi satu, saya terfikir. Bukan ke dari awal lagi sebenarnya awak dah tak berapa nak suka kat saya? Tapi kenapa masa saya offer nak tinggal dengan kami atau tidak awak terima saja? Sebab awak tak ada pilihan? begitu kah? Awak baik dengan saya bila awak perlukan saya. Begitukan? Sebab tu masa cuti hari tu awak terpaksa berbaik dengan saya. Sebab tak ada orang lain yang sanggup nak hantar awak pergi kerja selain saya. Saya tak ada niat nak mengungkit pun awak. Saya tak pernah nak kisah pun kalau sesiapa saja minta pertolongan dari saya. Selagi saya berdaya, saya akan cuba sedaya upaya. Tapi kalau lepas tu, awak dah tak perlukan saya lagi, awak layan saya sebegini. Saya terasa tau awak. Even saya ada buat salah atau apa saja. Saya tetap terasa tau awak. Hati saya terguris.
Entahlah awak. Saya tak tahu nak buat apa lagi jika awak terusan begini. Saya akan bawa diri saya dari pandangan mata awak. Ini yang awak nak kan? Jauhkan diri dari saya. Saya akan pergi kerja seawal yang saya boleh asalkan tidak berada di depan awak. Saya balik kerja lewat malam so awak tak payah risaukan apa apa lagi. Selagi saya mampu saya akan cuba tolong awak sedaya upaya. Lepas ni tak payahlah awak berlari-lari masuk bilik bila terlihat saya. OK? Setakat ni, ini saja yang mampu saya buat untuk awak. Oklah awak. kejap lagi saya masuk kerja. Saya kena stop kat sini. Sekian,awak. Wassalam

0 comments: